Perginya pelakon Izi Yahya, hilang lagi sebutir bintang dalam dunia lakonan

Al-Fatihah…

Hari ini dunia lakonan dikejutkan oleh pemergian salah seorang artis yang tidak kurang hebat, artis yang dikatakan pewaris legasi watak jahat selepas era Salleh Kamil dan A.Rahim. Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru dalam usia 45 tahun sekitar jam 1030

Mengikut sumber, beliau dikatakan meninggal dunia akibat serangan jantung tetapi ada juga yang mengatakan akibat pendarahan dalam otak.

Izi Yahya

Di dalam gambar di atas, Allahyarham Izi Yahya di tengah. Beliau pernah berlakon di dalam filem Ali Setan sebagai Jeff dan di dalam filem Embun, Filem Terbaik di Anugerah Skrin ke 6 pada tahun 2003.

Lakonan terbaru beliau adalah drama berjudul Rahsia Sebuah Pengorbanan dan  Kalau Kasih Masih Ada.

One Response to “Perginya pelakon Izi Yahya, hilang lagi sebutir bintang dalam dunia lakonan”

  1. aghadilbar Says:

Leave a Reply