Perjalanan Orang baru - Adik Nadia

Assalamu’alaikum semua…

Dah lama plan nak buat posting ni tapi akibat kekangan masa, kesibukan hal berkaitan kerja ofis dan peribadi, maka niat ni sentiasa tertangguh. hari ni cuba luangkan masa utk buat posting ni.

Adik Nadia telah disahkan dikandung oleh mama dia pada setengah tahun pertama tahun ini - Alhamdulillah… dan mengkaji pengalaman lalu ketika mengandungkan Nadia, maka sedikit persiapan dibuat pada kali ini. Antaranya mengamalkan memakan kurma dan madu lebah untuk menambahkan tenaga dan syukur Alhamdulillah… semuanya berjalan dgn baik. Tiada masalah seperti dulu - kaki bengkak pada awal mengandung dan sering perlu masuk wad kerana masalah kekurangan darah.

Bagaimanapun, pada pemeriksaan terbaru dibuat pada hari Jumaat, 14 Disember 2007, didapati berlaku sedikit kekurangan darah (paras darah menurun) menyebabkan perlu dimasukkan ke dalam wad. Cuma kali ni ada sedikit kelonggaran, dibenarkan balik dan datang untuk masuk wad pada hari esok, Isnin 17 Disember 2007. Ini merupakan kali pertama perlu berbuat demikian sejak mengandungkan adik Nadia. Dalam kes Nadia dahulu, sebaik dikesan masalah tersebut, terus kena masuk wad.
Semoga semuanya berjalan dgn baik, semuanya sihat dan selamat. Seperti sebelumnya, adik Nadia juga telah didaftarkan untuk menyimpan stem cell yang akan diambil ketika dilahirkan kelak, untuk kegunaan masa hadapan, jika berlaku keperluan tersebut. Jika anda berminat untuk melakukannya, boleh hubungi kami utk kami rujuk anda kepada wakil syarikat yang kami berpuas hati dgn perkhidmatannya - sering juga berkongsi ilmu dan tips berkaitan perkara ini dan pendidikan dan pembangunan anak-anak.

Leave a Reply