Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953

Please read this carefully and take your time to understand it

Dalam Perkara 4.1 & 4.2 menyatakan bahawa

TIADA SATU ENTITI INDIVIDU ATAU BUKAN INDIVIDU PUN BOLEH BERMAIN FOREX DI MALAYSIA. HANYA BANK -BANK SAHAJA YANG DIBERIKAN LESEN YANG SAH.

Apakah bentuk hukuman yang boleh dikenakan jika ditangkap? Sila baca petikan berita daripada Bernama. Ini merupakan kemaskini terbaru terhadap akta tersebut

KUALA LUMPUR 1 Feb. – Kerajaan telah memperuntukkan hukuman lebih berat untuk membanteras urus niaga tukaran wang asing secara haram dengan meningkatkan amaun penalti daripada RM10,000 kepada RM1 juta dan hukuman penjara antara tiga hingga lima tahun, kata Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Ng Yen Yen.
Beliau berkata, kerajaan telah meminda Akta Tukaran Wang Asing (1953) untuk memperuntukkan hukuman lebih berat terhadap mereka yang terlibat dalam urus niaga tukaran wang asing.
Pindaan itu berkuatkuasa 1 Januari tahun ini.
‘‘Tahun lepas, lima peniaga tukaran wang asing haram ditangkap dan Bank Negara sedang menyiasat 10 kes,’’ katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen Sumbangan Ang Pow Tahun Baru Cina Sports Toto di sini hari ini.
Yen Yen berkata, Kementerian Kewangan menerima banyak laporan daripada mereka yang ditipu oleh ‘ejen tukaran wang asing’ yang menawarkan skim pelaburan tukaran wang asing dalam mata wang Iraq dan Iran.
‘‘Saya ingin jelaskan bahawa di Malaysia, kita hanya membenarkan bank perdagangan dan institusi kewangan menjalankan urus niaga tukaran wang asing. Tiada entiti persendirian diberikan lesen untuk menjalankan urus niaga itu.
‘‘Saya mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak terperdaya dengan perangkap mereka. Malahan pengurup wang di negara ini tidak menjalankan urus niaga tukaran wang asing tetapi hanya membuat tukaran mata wang,’’ tegas beliau.
– Bernama

Jadi sekiranya anda ada terlibat secara langsung dengan aktiviti ini, harap dapat ambil perhatian yang serius terdapat perkara ini. Hukuman yang menanti adalah denda RM1juta dan penjara sehingga 5 tahun.

Tags:

Leave a Reply