This is a recently released news from Ministry of Health, Malaysia about the products approved by them. It is reported that there are two traditional products contain with Sibutramine and Ephedrine, a scheduled poison, which can only be supplied by pharmacy with doctor’s prescription. The two products named as “Bionex” and “Ju Purt Jen Chin Yen” (Cap Fuu Cheng). Please read the full news below taken from Utusan Online
Kementerian Kesihatan haramkan dua produk tradisional
04/03/2008 1:07pm
KUALA LUMPUR 4 Mac – Kementerian Kesihatan hari ini meminta orang ramai mengelak daripada membeli atau mengguna dua produk tradisional yang mengandungi Sibutramine dan Ephederine.
Pegawai Perhubungan Awam kementerian itu, Mohd. Sabri Abdullah berkata, produk itu ialah “Bionex” dan “Ju Purt Jen Chin Yen” (Cap Fuu Cheng) berikutan pengesanan racun berjadual yang terkandung di dalamnya.
“Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) di dalam mesyuaratnya yang ke-201 telah membatalkan pendaftaran kedua-dua produk ini kerana ia mengandungi racun berjadual yang boleh memberi risiko kepada kesihatan pengguna,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Mohd. Sabri berkata ubat yang mengandungi Sibutramine dan Ephederine hanya boleh di bekal oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor kerana penggunaan tanpa pengawasan doktor tidak selamat.
Penggunaam ubat yang mengandungi Sibutramine tanpa pengawasan doktor boleh menyebabkan advers serius seperti tekanan darah dan kesan kardiovoskular yang lain.
- Bernama