Hujung Minggu Yang Penuh Makna

Salam hormat semua,

Kita baru melepasi minggu yang pertama untuk bulan 6 dan Sabtu yang baru berlalu, 7 Jun 2008 merupakan cuti umum seluruh negara sempena Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia. Cuti hujung minggu ini juga memberi makna yang besar bagi aku sekeluarga.

Pertamanya, pada 7 Jun 2008, semalam, genaplah usia Fatin, anak kedua kami 5 bulan. Syukur Alhamdulillah… aku telah terus dikurniakan rezeki untuk mampu menyara keluargaku dan juga masih mempunyai usia di dunia ini untuk terus melihat anak-anak aku membesar dengan sihat. Syukur Alhamdulillah… Fatin terus membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah dan aku tidak diuji dengan pelbagai dugaan untuk terus membesarkan anak-anakku.

Yang keduanya, semalam juga merupakan hari pertunangan sepupu aku, anak sulung kepada adik emak aku. Sepupu aku telah bertunang dengan insan yang dikenali di tempat dia bekerja, yang merupakan orang dari Kuantan, Pahang. Oleh demikian, aku sekeluarga telah sama-sama menyertai rombongan pertunangan bagi memeriahkan majlis. Orang berbudi kita berbahasa. Dahulu ketika aku hendak bertunang dan majlis pernikahan juga perkahwinan aku, emak dia antara orang yang bersusah-payah membantu orang tua aku. Jadi kini giliran aku pula, sekurang-kurangnya hadir untuk memeriahkan majlis mereka.

Ketiganya, secara tidak langsung merupakan suatu family gathering bagi aku sebenarnya pada hari semalam. Ini kerana selepas majlis tersebut, kami beramai-ramai telah bermalam di Annexe Rest House, di Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang. Sudah tentu suatu suasana yang meriah kerana ramai saudara-mara berkumpul bersama-sama, sambil berehat sambil berbual mesra mengeratkan silaturrahim. Bagi makcik dan pakcik aku, terutama sekali orang tua aku, sudah tentu amat gembira kerana dapat bertemu kembali dengan anak-anak aku, terutama si Fatin.

Syukur Alhamdulillah… segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun ada yang perlu pulang awal atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, suasana tetap meriah pada akhirnya. Semoga akan bertemu lagi pada masa yang akan datang, Insya-Allah. Aminnnn…

Tags: , ,

One Response to “Hujung Minggu Yang Penuh Makna”

  1. mama says:

    syukurlah fatin dh imunisasi 5bln…..looks like ok je dia..dgn berat 7.5kg

Leave a Reply