RM0.50 menjadi RM42.90

Salam hormat semua,

Mahukah anda jika RM0.50 anda menjadi RM42.90? Jika anda beroleh keuntungan secara sah, saya pasti bukan saja anda, semua orang pada dasarnya mahu. Jika itu merupakan suatu kerugian, saya pasti semua orang mahu elakkan. Itulah yang telah saya alami pada pagi ini, dalam perjalanan menuju ke pejabat.

Ketika melalui Tol Bukit Ebor untuk masuk ke lebuhraya, sistem SmarTag tidak dapat mengesan smartag yang digunakan, menyebabkan terpaksa berundur dan maju ke hadapan perlahan-lahan supaya sistem dapat mengesannya. Dijangkakan smartag telah dikesan kerana terpapar baki juga terdapat bunyi pada alat smartag (kerana kuasa bateri yang telah lemah). Ketika hendak keluar di Tol Seafield sistem tidak dapat mengesan langsung walaupun kuasa bateri masih berbaki. Akhirnya tepaksa direkod secara manual. Kemudian perjalanan diteruskan melalui KESAS, melepasi 2 tol yang dicaj RM2.20 setiap satu. Di tol yang kedua baru perasan baki yang tinggal adalah RM29.90 sahaja.

SMS kepada isteri, berapa baki smartag ketika melalui tol Sg Rasau untuk menghantar beliau dan menurutnya ada dlm RM77 lagi. Maka barulah disedari, ketika memasuki tol tadi, kad tidak dikesan pada hakikat yang sebenarnya. Akibatnya, mengikut undang-undang yang dinyatakan, seperti mereka yang kehilangan tiket tol, kadar tol yang akan dicaj ialah mengikut kadar perjalanan yang terjauh. Dalam kes ini, kadar yang digunakan ialah laluan Skudai-Seafield yang bernilai RM42.90!

Itulah kisahnya, kos yg sepatutnya hanya RM0.50 telah menjadi berlipat kali ganda. RM40 cukup untuk membayar tol ulang-alik rumah-pejabat bagi 4 hari sekurang-kurangnya.

Tags: , , , , ,

3 Responses to “RM0.50 menjadi RM42.90”

  1. epal merah says:

    giler rugi lah macam tuh…. seminggu punye tol i ulang-alik balik keje… tu pun still ade balance lagi…

  2. baguznet says:

    mmg rugi yg amat tp nak buat cemana, dah mmg undang-undang dia mcm tu

  3. wenkt says:

    buat surat complaint. mmg salah diri, tapi terangkan benda sebenar skali lagi.

    salinan kepada P100 Pandan. (hehe)

Leave a Reply