Hari ini merupakan buat kali pertama sejak harga minyak dinaikkan kete aku terpaksa menggunakan petrol sebagai bahan api. Punca utama sebab gas dah habis sebelum sempat sampai ke stesen mengisi gas. Ni semua kerana kesilapan aku sendiri tak nak isi tank gas sampai penuh walaupun mengikut penunjuk masih ada separuh. Sekarang ni tak boleh nak tunggu dah sikit memandangkan stesen gas masih terhad, jadi lebih elok pastikan tank gas sentiasa penuh.
Aku telah diberitahu oleh beberapa orang, sejak kenaikan harga minyak, pelbagai perubahan telah cuba dibuat oleh orang ramai demi kelangsungan kehidupan. Kalau sebelum ni pun dah cukup-cukup makan, bila harga minyak naik, dah tentu dgn cara yang sama akan jadi tak cukup makan. Bukan sahaja sebab belanja perjalanan bertambah, juga akibat kesan kenaikan harga barang-barang lain akibat kenaikan harga minyak.
Antara perkara yg diberitahu ialah rakan-rakan dipejabat yang telah mula terpaksa pergi bekerja dengan menaiki bas. Bukan tak baguz tapi adakalanya kita perlu menaiki kereta kerana masalah sistem pengangkutan awam yang kurang cekap, terpaksa bangun terlalu awal pagi untuk memastikan sampai ke pejabat pada waktunya. Komuter juga kelihatan semakin padat kini, keadaan semakin sesak di setiap stesen hingga jika sampai di stesen-stesen hampir hujung sudah tidak lagi mampu untuk mengambil penumpang.
Ada juga yang mula berkira-kira mahu menukar dari kereta ke motor. Kalau yang hanya mampu bermotor macam mana ye, kena pergi kerja naik basikal ke, jika sistem pengangkutan awam tidak sesuai untuk ke tempat kerja? Kasihan sungguh kepada mereka ini. Ini adalah antara cabaran pada masa terdekat ini. Tengok nanti bila masuk bulan Julai 2008, bagaimana agaknya kesannya