Keretaku Menggagalkan Perancanganku

Semalam hari Sabtu. Selepas menyelesaikan beberapa urusan, aku mengambil isteriku yang bekerja pada hari Sabtu lalu bergegas pulang. Ingatkan boleh la terus memulakan perjalanan tetapi anak-anak sedang tidur pulak. So, mengemaslah dulu apa yang patut sambil menunggu anak-anak bangun dari tidur. Akhirnya kami memulakan perjalanan sekitar hampir 3 ptg. Oh ye, kami sebenarnya pulang ke kampung halaman aku kerana sepupu aku dari sebelah bapaku melangsungkan perkahwinan.

Memandangkan kami memulakan perjalanan amat lewat daripada rancangan asal, maka aku terpaksa mengambil keputusan memandu tanpa berhenti sebagaimana biasa. Sebab utama terpaksa berbuat demikian kerana hendak mengelak kami tiba ketika hari telah gelap - malam. Alhamdulillah… sampai juga sblm Maghrib.

Hari ini aku terpaksa bergegas ke kedai kawan lama aku, kedai servis kereta sebab memang dah overdue nak kena servis. Dia pun atas dasar kawan, terpaksa la jugak bukak kedai khas untuk servis kereta aku walaupun sepatutnya kedai ditutup pada hari ni. Sampai kat kedai, check punya check rupanya ada leaking teruk. Patutlah minyak hitam aku sampai dah nak kering aku check masa sebelum balik kampung.

Atas belas ehsan sebagai kawan, akhirnya kawan aku memanggil salah seorang pekerja dia untuk menolong menyelesaikan masalah kereta aku. Tak pasti, kebetulan atau apa, abang Long kawan aku pun datang ke kedai. Syukur Alhamdulillah… ada orang yang lebih mahir boleh membantu sama. Selepas menyelidik keadaan, akhirnya keputusan diambil - turunkan head. Fuh! At least 3-4 jam jugak nak siapkan kerja ni semua. Dengan wiring gas lagi. Kena la hati-hati nak buat kerja. Lepas head diangkat, memang ada tanda leaking berlaku di tapak head, bukan di bahagian lain seperti yang disangka sebelum ni.

Akhirnya kerja selesai lebih kurang jam 4 ptg. Dengan segala benda yang dibuat termasuk menukar dua biji tayar di bahagian hadapan, kosnya melebihi RM600, aku rasa patutnya RM700 kot tapi sebab kawan, segala yang mungkin dicantas telah dicantas. So, aku kena byr sekitar RM600, berbanding kos yang sebenar. Fuh! Memang perbelanjaan luarjangka. Apa nak buat, perbelanjaan perlu. Kena la korek tabung yang mana ada demi keselamatan aku sekeluarga.

Lepas tu aku bergegas ke tempat cuci kereta sebab nak cuci bahagian enjin dan bahagian bawah kereta sebab nak tau kalau-kalau masih ada masalah leaking lagi selepas servis tersebut dibuat. Dekat sejam jugak menunggu baru siap. So, aku SMS wife untuk siap-siap supaya bila aku sampai tinggal nak masukkan barang dlm kereta dan terus balik ke KL. On the way, singgah la kat stesen NGV nak isi gas dulu sebab gas dah habis. Sampai stesen, aku pun bukak penutup bonet kereta aku. Erk! Berasap! Siap berbau macam getah terbakar! Alamak! Apa hal nie? Gas tetap diisi cuma aku disuruh tidak menghidupkan enjin. Kecoh seketika di stesen NGV Jalan Datin Halimah. Lepas siap isi, beberapa orang tolong tolak kereta ke kawasan yang sesuai dan aku call kawan aku mintak tolong dia check. Kesian dia… dah kat rumah nak berehat terpaksa keluar kerana aku.

Once dia sampai, dia cuba check. Start enjin kereta aku, on air-cond, tukar-tukar guna petrol dan gas, tekan pedal minyak nak cuba kesan apa sebenarnya yang berlaku. Ketika asap keluar, kelihatan asap muncul dari ruang berhampiran timing belt tapi di celahan bahagian bawah. Memang susah nak nampak apa sebenarnya yang berlaku. Sampai ada orang yang gt ready dengan fire extinguisher kalau-kalau ada api sebab masa asap keluar memang seolah-olah ada sesuatu sedang terbakar cuma tak kelihatan api (jika ada) dan tempat sebenar. Lepas check beberapa lama, masih tak kelihatan sebarang petunjuk, akhirnya kami bersetuju - balik je rumah dulu dan tengok macam mana.

Aku pun terus pulang ke rumah. Sampai rumah, reverse kereta sebab plan nak mudahkan urusan loading barang dalam kereta. Kat rumah ramai saudara-mara yang datang sebab pergi ke majlis perkahwinan sepupu aku. Lepas park kereta, aku terus bukak penutup bonet kereta nak tau keadaan kes tadi. Kelihatan asap keluar dari kawasan yang sama cuma tidak sebanyak ketika di stesen gas tadi tapi masih tetap berbau benda terbakar. Ramai yang mengaku ada terhidu bau yang sama. Masing-masing bertanya tapi aku sendiri tak tau. Inform kawan aku, dia cadang datang kedai dia semula walaupun dah tutup. Aku bincang dengan wife dulu, kalau terpaksa ambil EL esok mcm mana? Dia mmg terpaksa cuti sebab tak sihat. Akhirnya, demi keselamatan aku mengambil keputusan untuk mengambil EL esok.

Apa pula rasionalnya ambil EL esok sedangkan kawan aku sanggup nak cuba baiki malam ni? Pada aku, ini isu tak pasti, besar mana masalah ni. Jika agak besar, mungkin makan masa. Tiada maknanya juga jika dapat siap malam ni, aku tetap tidak dapat balik hari ini. Tambahan, jika bertolak pada mlm ini juga, sukar hendak mengesan jika berlaku sebarang kecemasan, begitu juga untuk mendapatkan bantuan berbanding siang hari. Aku bersama keluarga, bukan seorang diri. Membuat kerja sebelah malam, pandangan mata mungkin tidak seawas sebelah siang. Aku khuatir baikpulih yang dibuat tidak ke tahap yang sepatutnya. Ini melibatkan risiko nyawa. Tak boleh… Lebih baik buat esok pagi, jelas pandangan, boleh baiki sehabis baik, dan abang Long pun mungkin ada sama untuk membantu.

Begitulah kisah aku sekeluarga. Akhirnya rancangan asal aku untuk balik terpaksa ditunda demi keselamatan dan aku terpaksa menghantar email kepada boss aku memaklumkan aku terpaksa mengambil cuti kecemasan esok hari kerana masalah yang berlaku terhadap kereta aku dan aku kini berada di kampung. Jika di rumah aku, mungkin aku boleh nak pergi kerja lagi, naik la motor pun tak apa.

3 Responses to “Keretaku Menggagalkan Perancanganku”

  1. RHEA Says:

    Alhamdulillah.. ketua keluarga yang bertanggungjawab.. semoga kalian sekeluarga sentiasa berada di bawah lembayung rahmat Allah.. amein.

  2. zamz Says:

    dah install ngv ekk…ok tak so far

  3. Abdmalik Says:

    So macam mana kereta anda sekarang? Apa punca asap tu?

    Saya sangat berharap semoga perjalanan2 membawa keluarga menggunakan kereta NGV agar selamat sampai ke destinasi dan tiada apa2 benda buruk berlaku di tengah jalan.

Leave a Reply