Menang 17,000?
Tiba-tiba pagi tadi, seawal jam 6 pagi handphone aku berbunyi, SMS masuk. Aku pun baca la sebab kot kot member aku anta nak jumpa ke apa. Bila tengok, nombor penghantar yang keluar, dah tentu bukan member aku yang anta
Info Penghantar: +6281586205149
Info SMS: Maklumat! Anda telah Memenangi dari SHELL MALAYSIA. Caj tunai RM17.000, Sila dial No, telipon Office: 00628161108627 Penghantar: Shell Malaysia
Nampak sangat penipuannya. Baca ayat SMS pun dah nampak susunan bukan daripada rakyat Malaysia, apatah lagi daripada Shell Malaysia kerana tidak mencerminkan profesionalisme. So, abaikan je lah. Ni semua cubaan untuk menipu untuk mencuri duit orang sebenarnya. Kes ni memang dah lama, sebelumnya rasanya dah sepi, ni mungkin mula nak aktif semula. Jadi berhati-hatilah semua.
August 7th, 2008 at 8:43 am
Hehe… aku pun dpt pagi semalam kali ni dgn petronas, number dia +60128136537, bunyinya ” Congratulations Sim-Card anda Telah Bertuah Memenangi Hadiah Utama wang tunai RM.30.000.00 dr “PETRONAS MAS”. Sila/Call/tel: 0128631506″
Very phony, cara dia tulis especially not convincing with lots of grmmatical errors
August 8th, 2008 at 11:38 am
huh! kalo nombor sini, apa lagi, buat report la kat polis dgn maxis
dah tentu lg senang nak tangkap