Saman… saman… saman…
Tak sangka betul, dalam tempoh tak sampai pun seminggu dapat 2 surat saman. Aduhai… berat sungguh dugaan hidup bulan ni rasanya.
Saman yang pertama dapat daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebab parking. Kena saman 1hb yang lalu sekitar jam 3 ptg, kira lepas solat Jumaat la tu. Sebelah pagi dah bayar tiket parking tapi lepas solat Jumaat boleh lupa pulak nak topup lagi semula. Sejam baru RM0.50 jer, makna kalo topup untuk 2 jam baru RM1.00 berbanding dgn amaun saman yang nak kena bayar.
Saman yang kedua pulak lagi la teruk. Kena saman dengan polis trafik. Adoi laaa… rasanya dah lama tak kena saman dengan trafik tapi semalam entah apa mimpi boleh buat kesalahan trafik - langgar lampu isyarat merah. Dah tak pasal-pasal kena saman. Dah tau dah lama tak guna laluan tu, patutnya jangan la sesuka hati nak buat kesalahan lalulintas. Kan dah kena saman. Duit saman yang nak kena bayar tu rasanya boleh cover duit susu budak-budak untuk sebulan, at least.
Hai… dugaan… itulah akibatnya kalau nak sangat melanggar peraturan. Tak boleh salahkan pegawai yang keluarkan saman sebab itu kerja mereka, salahkan diri sendiri sebab langgar peraturan yang ditetapkan. Apa pun, satu nasihat yang sentiasa masih ingat dalam kepala - merayulah kalau boleh tapi jangan sesekali cuba untuk “settle kat situ” - lagi buruk padahnya.
August 6th, 2008 at 2:44 pm
simpan je laaaa surat saman tu … lama2 derang lupa gak…. court kat mesia ni sibuk dgn hi-profile cases je… cam liwat dan se-angkatan dgnnya. so ko punya kes ni berlambak, aku pun ada gak simpan surat2 camni.. hihi
August 6th, 2008 at 4:03 pm
surat saman aku ada sign terima, bukan dtg by post, dah tentu kena byr. kalo x kena waran tangkap
August 8th, 2008 at 5:22 pm
Bayar je la.. rhea nya saman parking sebulan ada 3-4 helai.. kalau setahun bpe agaknya? znet bagi emel adrs leh tak?
August 9th, 2008 at 8:52 pm
rhea
mmg nak byr, tapi tunggu dulu la :p