Rezeki… kepercayaan dan keyakinan
Tiba-tiba teringat kisah kepercayaan dan keyakinan terhadap rezeki kurniaan Allah. Asal punca berlaku perbincangan dan tukar pandangan ni bila berbincang tentang untung nasib mereka yang tidak makan gaji. Diri ini tertanya-tanya tentang perkara tersebut sebab masa tu masih makan gaji tetapi cuba-cuba buat bisnes Takaful. Manalah tahu ada rezeki, boleh la sepenuh masa terus, ada masa yang lebih fleksibel.
Bila berbicara, maka sahabat ni, yang merupakan seorang graduan dari luar negara, sepenuh masa terlibat sebagai wakil Takaful sejak hari pertama balik dari luar negara (tak pernah kerja makan gaji selepas bergraduat), mengajukan dua pertanyaan - “Ko percaya tak rezeki tu Allah yang bagi?” dan “Ko yakin tak rezeki tu Allah yang bagi?”.
Terpinga-pinga sekejap aku. Dua soalan dengan 1 sahaja perbezaan perkataan - “percaya” dan “yakin”. Katanya setiap orang memang mudah untuk percaya, mempunyai kepercayaan tetapi berapa ramai yang benar-benar mempunyai keyakinan. Pelbagai fakta yang telah dilontarkan, dah tak ingat dah semua tu sebab dah bertahun peristiwa tu berlalu.
Pada beliau, bukan mudah untuk menaruh keyakinan berbanding menaruh kepercayaan. Pada dasarnya, memang orang seperti beliau, yang tidak makan gaji adalah umpama kelompok mereka yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap perkara tersebut. Bukan orang yang makin gaji tiada keyakinan, tidak ke tahap itu tetapi mereka yang tiada sumber pendapatan tetap ini memang sepenuhnya menaruh kepercayaan dan keyakinan bahawa rezeki itu Allah akan beri, yang penting berusaha dengan cara yang betul dan bertawakal kepada Allah.
Ada benarnya sebab mereka bergantung sepenuhnya dengan apa yang dikurniakan setelah usaha dan doa dilakukan. Mungkin apa yg diusahakan tidak akan membuahkan hasil, tiada la rezeki. Orang makan gaji, pada dasarnya asal pergi kerja, buat kerja ikut arahan, dapat la gaji cukup bulan. Bagi beliau, mungkin hari itu ada rezeki, mungkin juga tidak. Yang pentingnya, bila hujung bulan nanti, berapa rezeki terkumpul. Harian itu sekadar sasaran untuk kerja harian, yang utama keperluan sebulan itu mencukupi. Sudah pasti bagi golongan ini ada pasang surutnya tetapi itulah yang dikatakan rezeki… mereka ini tetap percaya dan yakin dengan tinggi bahawa rezeki itu tetap ada, yang penting usaha, doa dan tawakal kepada Allah…
Anda pula bagaimana?
August 12th, 2008 at 9:33 pm
Pasti.. sgt pasti.. sgt pcaya dan sgt yakin.. rezeki itu Allah yg bagi.. tiada beza bg yg bpendapatan tetap ..atau tidak bpendapatan tetap.. rhea lihat di hadapan mata.. 2 orang rakan seperjuangan.. satu seorang bapa kepada 7 anak.. masih berjawatan DGA29.. maklumlah lepasan diploma.. seorang lagi bujang tiada tanggungan.. bjawatan DG41, lepasan ijazah.. dengan perbezaan gaji 500 sebulan antara keduanya.. seorang bapa tadi sering bersyukur kerana dengan rezeki yang berkat tadi, beliau mampu menyara isteri yang tidak bekerja dan 7 orang anak yang berusia around 5 - 15 tahun.. tapi rakan bujang tadi sering mengeluh.. gaji tak cukup nak bayar duit keta lah.. itulah inilah.. see? apa yg penting di sini, keikhlasan dan mensyukuri nikmatNYA.. jumlah yang walaupun sedikit itu berkat dan mencukupi.. sebaliknya yang tidak ikhlas dan tak tau bersyukur, walau banyak mana pun incomenya.. terasa tak cukup.. wallahuAlam..
August 14th, 2008 at 11:07 am
iye… sentiasa mensyukuri apa yg diberi oleh-Nya