Hari Raya Menjelang Tiba…
Salam hormat semua…
Hari raya semakin hampir menjelang… hanya seminggu sahaja lagi, Insya-Allah… mungkin pada masa ni ramai yg telah membuat persiapan hari raya. Pada tahun ini, rasanya buat pertama kalinya, persiapan hari raya diurus dan dibuat sepenuhnya oleh isteriku… Terima kasih yang tak terhingga kepada isteri yang dikasihi.
Dalam mengenang perjalanan hidup ini, mengenang ke mana arah tuju, terpandang berita tentang persiapan sekelompok masyarakat lain. Mungkin tika ini keadaan aku kurang baik berbanding sebelum ini tetapi itu hanya diri sendiri. Bila dilihat dengan orang lain, sesungguhnya ada yang lebih jauh keadaan kurang baiknya berbanding diri ini.
Di dalam Utusan Online, diberitakan tentang warga emas yang membuat persiapan pakaian hari raya dengan memilih pakaian terpakai sumbangan sebuah yayasan. Begitulah rezeki antara kita di dunia ini… ada yang lebih, ada yg kurang… apa pun aku tetap bersyukur dengan apa yang ada, apa yg diperolehi…
Syukur ke hadrat Ilahi kerana keadaan aku tidak seteruk ini dalam menghadapi ujian Allah.
September 25th, 2008 at 2:29 pm
much welcome my dear! hidup perlu ade give n take…ape2 pon rezki di tgn tuhan
September 26th, 2008 at 9:29 am
wahhh…lomantik giteww uolssss…..