Archive for the ‘Economics’ Category

The Economic Crisis

Sunday, October 5th, 2008

The economic crisis, to me, started earlier this year without nobody really aware or care about it since it is at a beginning stage. Nobody realized that it will burst later on. Around middle of this year, it started to show the actual situation. Everything started from U.S the country with the biggest market, and the actual problem lies on the sub-prime issue.

Not everyone aware of this but I am very thankful to our central bank, Bank Negara Malaysia for having a tight rules for banking sector. The sub-prime issue in this case affected by their real estate/property mortgage. Due to lack of control and less credit monitoring, the bank over there simply approve any loan application submitted. The circle is started something like this.

Let say myself, with low income wanted to apply for loan to purchase a property. My actual intention is to sell it later since the price will go up when the property development completed. The bank, with less credit control, specially to ensure I can repay the loan in what ever situation, approve my loan application. Once the property completed, I sell the property at higher price, make some profit and make a full settlement of my loan. So, that’s how the bank make the business and how I made some profit from the property. The buyer of my sold property might do the same thing, which, if you think carefully will make the price of the said property become too high. There is where the problem started.

When it reach to certain stage, the price is consider as too high, and of course nobody at that stage would be willing to take it. As such, the circle is ended there, and of course those who whole the property through loan with the hope to resell it will face a difficulty. The chain effect of this is that the bank having a problem with loan collection.

The bank at the same time also invested/mortgage the paper of the said property to other investment institution with the hope to make more return but again, to certain extend, it is just a paper and reached the limit. Here is where the entire banking system started shacking and causing a lot of problem.

Last Friday, as usual, an important news released from USA call Non-Farm Payroll (NFP). As expected it will be a bad news even though the bill for $700bil rescue approved and accepted. Looking at the forex market, with all major pairs such as EUR/USD, GBP/USD for example, we can see how it affect. At the same time now, even EURO also having a problem with the currency reached to the lowest compare to USD in 12-month period.

In Malaysia, some companies already retrenched their staffs, some already exercised VSS and run for the second round of VSS. There might be more will happen during this economic turmoil. To me, we have to be thankful to have a job, if you like to be an employed person. If you are self-employed, good enough when you can survive at least for the basic.

It is the time to cut all the unnecessary expenses and stay with the required expenses for the next 1-2 years

Rezeki… kepercayaan dan keyakinan

Monday, August 11th, 2008

Tiba-tiba teringat kisah kepercayaan dan keyakinan terhadap rezeki kurniaan Allah. Asal punca berlaku perbincangan dan tukar pandangan ni bila berbincang tentang untung nasib mereka yang tidak makan gaji. Diri ini tertanya-tanya tentang perkara tersebut sebab masa tu masih makan gaji tetapi cuba-cuba buat bisnes Takaful. Manalah tahu ada rezeki, boleh la sepenuh masa terus, ada masa yang lebih fleksibel.

Bila berbicara, maka sahabat ni, yang merupakan seorang graduan dari luar negara, sepenuh masa terlibat sebagai wakil Takaful sejak hari pertama balik dari luar negara (tak pernah kerja makan gaji selepas bergraduat), mengajukan dua pertanyaan - “Ko percaya tak rezeki tu Allah yang bagi?” dan “Ko yakin tak rezeki tu Allah yang bagi?”.

Terpinga-pinga sekejap aku. Dua soalan dengan 1 sahaja perbezaan perkataan - “percaya” dan “yakin”. Katanya setiap orang memang mudah untuk percaya, mempunyai kepercayaan tetapi berapa ramai yang benar-benar mempunyai keyakinan. Pelbagai fakta yang telah dilontarkan, dah tak ingat dah semua tu sebab dah bertahun peristiwa tu berlalu.

Pada beliau, bukan mudah untuk menaruh keyakinan berbanding menaruh kepercayaan. Pada dasarnya, memang orang seperti beliau, yang tidak makan gaji adalah umpama kelompok mereka yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap perkara tersebut. Bukan orang yang makin gaji tiada keyakinan, tidak ke tahap itu tetapi mereka yang tiada sumber pendapatan tetap ini memang sepenuhnya menaruh kepercayaan dan keyakinan bahawa rezeki itu Allah akan beri, yang penting berusaha dengan cara yang betul dan bertawakal kepada Allah.

Ada benarnya sebab mereka bergantung sepenuhnya dengan apa yang dikurniakan setelah usaha dan doa dilakukan. Mungkin apa yg diusahakan tidak akan membuahkan hasil, tiada la rezeki. Orang makan gaji, pada dasarnya asal pergi kerja, buat kerja ikut arahan, dapat la gaji cukup bulan. Bagi beliau, mungkin hari itu ada rezeki, mungkin juga tidak. Yang pentingnya, bila hujung bulan nanti, berapa rezeki terkumpul. Harian itu sekadar sasaran untuk kerja harian, yang utama keperluan sebulan itu mencukupi. Sudah pasti bagi golongan ini ada pasang surutnya tetapi itulah yang dikatakan rezeki… mereka ini tetap percaya dan yakin dengan tinggi bahawa rezeki itu tetap ada, yang penting usaha, doa dan tawakal kepada Allah…

Anda pula bagaimana?

VSS - voluntary separation scheme

Tuesday, July 15th, 2008

VSS - voluntary separation scheme, suatu skim yang akan ditawarkan kepada para pekerja apabila syarikat menghadapi masalah kewangan dan perlu mengecilkan kos. Ini banyak berlaku di serata dunia, tak kira syarikat kecil atau besar tetapi yang biasa dengar syarikat besar lah

Baru-baru ni seorang rakan memaklumkan bahawa syarikat beliau bekerja telah menawarkan VSS kepada para pekerja yang berminat. Mengikut beliau, tidak lah banyak yang beliau akan dapat jika memilih VSS kerana tempoh bekerja yang kurang daripada 10 tahun.

Hari ni, email yang aku hantar kepada sekumpulan rakan termasuk beliau telah dibalas beliau. Antara kandungan email tersebut menyebut bahawa beliau telah memilih untuk mengambil VSS selepas berbincang dengan beberapa rakan tertentu yang mempunyai maklumat berguna berkaitan syarikat. Antaranya syarikat tidak mempunyai sebarang pesanan baru untuk tempoh 6 bulan yang akan datang selain tiada pembaharuan terhadap keluaran syarikat. Dengan mengambil kira keadaan semasa, VSS adalah pilihan lebih baik berbanding jika diberhentikan oleh pihak syarikat.

Begitulah senario kehidupan sebilangan mereka yang makan gaji buat masa kini. Biasanya yang akan diberhentikan kerja adalah mengikut apa yang dipanggil konsep LIFO - Last In First Out. Anda pula bagaimana?

Kesan Kenaikan Harga Minyak

Wednesday, June 18th, 2008

Hari ini merupakan buat kali pertama sejak harga minyak dinaikkan kete aku terpaksa menggunakan petrol sebagai bahan api. Punca utama sebab gas dah habis sebelum sempat sampai ke stesen mengisi gas. Ni semua kerana kesilapan aku sendiri tak nak isi tank gas sampai penuh walaupun mengikut penunjuk masih ada separuh. Sekarang ni tak boleh nak tunggu dah sikit memandangkan stesen gas masih terhad, jadi lebih elok pastikan tank gas sentiasa penuh.

Aku telah diberitahu oleh beberapa orang, sejak kenaikan harga minyak, pelbagai perubahan telah cuba dibuat oleh orang ramai demi kelangsungan kehidupan. Kalau sebelum ni pun dah cukup-cukup makan, bila harga minyak naik, dah tentu dgn cara yang sama akan jadi tak cukup makan. Bukan sahaja sebab belanja perjalanan bertambah, juga akibat kesan kenaikan harga barang-barang lain akibat kenaikan harga minyak.

Antara perkara yg diberitahu ialah rakan-rakan dipejabat yang telah mula terpaksa pergi bekerja dengan menaiki bas. Bukan tak baguz tapi adakalanya kita perlu menaiki kereta kerana masalah sistem pengangkutan awam yang kurang cekap, terpaksa bangun terlalu awal pagi untuk memastikan sampai ke pejabat pada waktunya. Komuter juga kelihatan semakin padat kini, keadaan semakin sesak di setiap stesen hingga jika sampai di stesen-stesen hampir hujung sudah tidak lagi mampu untuk mengambil penumpang.

Ada juga yang mula berkira-kira mahu menukar dari kereta ke motor. Kalau yang hanya mampu bermotor macam mana ye, kena pergi kerja naik basikal ke, jika sistem pengangkutan awam tidak sesuai untuk ke tempat kerja? Kasihan sungguh kepada mereka ini. Ini adalah antara cabaran pada masa terdekat ini. Tengok nanti bila masuk bulan Julai 2008, bagaimana agaknya kesannya

Harga minyak naik lagi!

Wednesday, June 4th, 2008

Sebelum ini, ramai yang telah membuat telahan bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak selepas pilihanraya tetapi telah dinafikan oleh kerajaan yang memerintah sebelum pilihanraya. Hari ini, selepas 2 bulan memerintah kembali, akhirnya kerajaan telah mengesahkan apa yang dikatakan oleh ramai pihak sebelum ini - harga minyak telah naik lagi! Kenaikan pada kali ini lebih menyeksakan terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah!

Mengikut kadar baru yang akan dikuatkuasakan selepas tgh mlm ini, harga seliter petrol akan naik dari RM1.92 ke RM2.70, kenaikan hampir 80sen seliter! Harga seliter diesel juga naik ke RM2.58 seliter selepas tgh malam ini. Oleh kerana itu, dijangkakan harga segala jenis barangan akan meningkat naik selepas ini kerana kenaikan ini akan mengakibatkan kenaikan kos pengangkutan. Hanya harga gas yang tidak naik kali ini. Dikatakan juga harga minyak akan disemak setiap bulan. Akibatnya di sana sini kenderaan berbaris panjang untuk mengisi tangki sepenuhnya buat kali tetrakhir pada harga RM1.92/liter.

Aku dimaklumkan oleh rakan yang berada di sebuah negara lain, harga tidak dikawal kerajaan sebaliknya dikawal oleh syarikat dan pasaran dan sentiasa berubah-ubah mengikut syarikat yang menjual minyak itu sendiri. Sebagai contoh, Shell, Esso/Mobil dan Petronas, jika mengikut konsep tersebut, tidak akan menawarkan harga minyak mereka pada kadar yang sama antara mereka dan akan sentiasa berubah-ubah setiap hari. Bermakna mereka sendiri perlu bersaing antara mereka untuk merebut pelanggan.

Aku sebenarnya bersimpati terhadap mereka yang bekerja sebagai pemandu teksi. Bayangkan dengan masalah stesen gas yang hanya beroperasi dari jam 7pagi hingga 11mlm, di luar waktu tersebut mereka perlu menggunakan petrol untuk terus bekerja. Dengan kos petrol yang semakin meningkat, mampukah mereka terus mencari rezeki?

Aku sendiri merasa tekanan terhadap kenaikan harga petrol walaupun kini aku telah mula menggunakan gas sebagai bahanapi utama kenderaan aku. Punca utama ialah kerana tidak semua stesen menawarkan gas dan kebanyakan stesen gas hanya bertumpu di kawasan utama seperti Lembah Kelang, Johor Bahru, Pulau Pinang. Setahu aku, di kawasan pantai timur masih tiada stesen yang menawarkan gas.

Mungkinkah selepas ini majlis kenduri tidak lagi dihadiri oleh ramai orang kerana bebanan kos minyak yang semakin meningkat begitu tinggi kini? Aku tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan generasi akan datang jika begini keadaan ekonomi yang perlu dihadapi oleh generasi kini.