Archive for the ‘2nd - Fatin’ Category

Corat-coret

Thursday, November 27th, 2008

Salam semua…

Blog: Lebih sebulan blog ni down atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan, syukur kini dah kembali seperti sediakala, semoga tiada lagi sebarang masalah selepas ini.

Fatin: Fatin telah mula ada nampak gigi tumbuh baru-baru ni, selepas berumur 10 bulan pada 7hb yang lalu. Syukur… dia sentiasa sihat dan cergas

Nadia: Nadia semalam muntah-muntah. Malam tadi pun muntah lagi 2 kali, badan panas. Hari ni atuk dia nak tolong bawa ke klinik kanak-kanak. Kesian dia… tak selera nak makan bila tak sihat, susu pun kurang. Semoga cepat sembuh, anakku…

Mama: Minggu lepas belajar mahirkan diri memandu kereta. Urgent and important thing for now.

Aku: Minggu ni minggu ke-2 ke alam pekerjaan yang baru. So far the best working environment pada aku. Semoga aku kekal di tempat baru ni untuk keluargaku. Amin…

Dah 8 bulan…

Monday, September 8th, 2008

Salam ceria semuanya…

Dalam diam tak diam, dlm menyempurnakan ibadah puasa dlm bulan Ramadhan, Fatin dah pun berusia 8 bulan semalam… dengan berat sekitar 8.4kg dan sekarang ni dah pandai duduk tegak dan dalam proses belajar nak berdiri. Nampaknya, mungkin sebelum hujung tahun ni dia dah boleh berjalan nie…

Dalam masa yang sama, dah mula pandai menonton cerita kanak-kanak macam kakak dia, Nadia tu dulu. Yang memang dah pasti, dia cukup suka dengan Mickey Mouse Clubhouse, tekun menonton. Pagi tadi kebetulan dia bangun awal pagi, saja bagi dia tengok Macam-Macam Aznil, nampak sengih je dia tengok. Lebih kurang Nadia dulu, suka juga dengan rancangan nie.

Cuma kasihan… dia berusia 8 bulan dalam keadaan agak kurang sihat, baru-baru ni terkena serangan selesema dan batuk-batuk. Apa pun syukur Alhamdulillah… dah beransur sihat dan tidak diserang sebarang penyakit berat. Moga semuanya akan terus sihat walafiat hendaknya… Amin…

Mickey Mouse Club House

Tuesday, August 19th, 2008

Mickey Mouse Club House merupakan salah satu rancangan kanak-kanak yang sering disiarkan di rangkaian Astro. Rancangan ini adalah berbentuk pendidikan dan karektor Mickey selalunya akan cuba berinteraksi dengan penonton sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini sebenarnya bermatlamatkan untuk para penonton, terutama kanak-kanak untuk cuba berfikir, apakah pilihan yang perlu dibuat, apakah benar keputusan yang cuba diambil dan seumpamanya.

Mickey Mouse Club House merupakan rancangan kanak-kanak yang pertama yang Nadia mulai kenal dan memahami, sebagai seorang kanak-kanak kecil. Apabila tersiarnya rancangan ini, dia akan duduk menonton dengan khusyuk. Tak mahu diganggu orang, ajak ke mana-mana pun biasanya agak susah. Masa dia kecik, bila nak buat kerja, bagi dia tengok rancangan ni, dia akan tekun menonton, senang nak buat kerja lain. Bila dah makin besar, dah mula kenal pelbagai cerita, dah bertambah senarai rancangan yang disukai.

Sekarang ni, tiba giliran adik dia pulak, si Fatin. Nampaknya si Fatin, sejak berumur 7 bulan dia dah mula pandai nak tengok cerita kanal-kanak juga. Sekarang ni, kalau dia nampak cerita Mickey Mouse Club House, dia akan tekun tengok. Kadang-kadang, walau dia bukan di depan tv, bila terdengar lagu dalam rancangan tu, dia akan mula merangkak ke depan tv. Dah tau itu muzik apa. Jadi sekarang ni, nak senang buat kerja, lepas dia dah menyusu, bagi dia tengok cerita ni, takla dia merayau sana sini.

At least, sekarang ni ada beberapa keping CD koleksi cerita Mickey Mouse Club House dibeli dan diletak di rumah juga dia rumah nenek/atuk mereka supaya senang, bila diminta pasang ada CD. Cuma kat kampung di Johor je tak ada tapi tak la kritikal sebab jarang berada di sana berbanding di sini.

Hujung Minggu Yang Penuh Makna

Sunday, June 8th, 2008

Salam hormat semua,

Kita baru melepasi minggu yang pertama untuk bulan 6 dan Sabtu yang baru berlalu, 7 Jun 2008 merupakan cuti umum seluruh negara sempena Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Malaysia. Cuti hujung minggu ini juga memberi makna yang besar bagi aku sekeluarga.

Pertamanya, pada 7 Jun 2008, semalam, genaplah usia Fatin, anak kedua kami 5 bulan. Syukur Alhamdulillah… aku telah terus dikurniakan rezeki untuk mampu menyara keluargaku dan juga masih mempunyai usia di dunia ini untuk terus melihat anak-anak aku membesar dengan sihat. Syukur Alhamdulillah… Fatin terus membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah dan aku tidak diuji dengan pelbagai dugaan untuk terus membesarkan anak-anakku.

Yang keduanya, semalam juga merupakan hari pertunangan sepupu aku, anak sulung kepada adik emak aku. Sepupu aku telah bertunang dengan insan yang dikenali di tempat dia bekerja, yang merupakan orang dari Kuantan, Pahang. Oleh demikian, aku sekeluarga telah sama-sama menyertai rombongan pertunangan bagi memeriahkan majlis. Orang berbudi kita berbahasa. Dahulu ketika aku hendak bertunang dan majlis pernikahan juga perkahwinan aku, emak dia antara orang yang bersusah-payah membantu orang tua aku. Jadi kini giliran aku pula, sekurang-kurangnya hadir untuk memeriahkan majlis mereka.

Ketiganya, secara tidak langsung merupakan suatu family gathering bagi aku sebenarnya pada hari semalam. Ini kerana selepas majlis tersebut, kami beramai-ramai telah bermalam di Annexe Rest House, di Teluk Chempedak, Kuantan, Pahang. Sudah tentu suatu suasana yang meriah kerana ramai saudara-mara berkumpul bersama-sama, sambil berehat sambil berbual mesra mengeratkan silaturrahim. Bagi makcik dan pakcik aku, terutama sekali orang tua aku, sudah tentu amat gembira kerana dapat bertemu kembali dengan anak-anak aku, terutama si Fatin.

Syukur Alhamdulillah… segalanya berjalan dengan lancar. Walaupun ada yang perlu pulang awal atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, suasana tetap meriah pada akhirnya. Semoga akan bertemu lagi pada masa yang akan datang, Insya-Allah. Aminnnn…

7 Mei - 4 bulan dan 3 tahun

Sunday, May 11th, 2008

Syukur Alhamdulillah… ketika ini aku semakin sibuk dengan pelbagai urusan sehingga nota berkaitan 7 Mei ini hanya baru hari ini dapat dititipkan. Apa yang istimewanya dengan 7 Mei ini pada tahun ini?

Yang pertamanya, 7 Mei yang lalu merupakan genapnya 4 bulan usia Fatin, anak kedua kami. Alhamdulillah… si comel ni membesar dengan sihat tanpa sebarang masalah. Sekarang ni dah pandai meniarap dan mula nak belajar merangkak. Dalam masa yang sama dah pandai nak tengok-tengok rancangan di tv bersama-sama dengan akak dia. Pandai jugak dah nak mintak didukung.

7 Mei juga merupakan ulangtahun pernikahan aku bersama isteriku. Syukur Alhamdulillah… dengan limpah rahmat-Nya kami dapat terus hidup dalam sebuah keluarga dengan 2 orang cahaya mata kini. Semoga keluarga kami akan terus dirahmati, kehidupan kami diberkati dan kami sentiasa dilimpahi rezeki oleh-Nya, Insya-Allah… Amin…