Salam hormat semua,
Semalam, 15 Mei, sebenarnya merupakan hari ulangtahun kelahiran aku. Nampaknya baki usia ku di alam ini semakin berkurangan, hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Apa pun, harapanku semoga sekurang-kurangnya aku sempat menyediakan apa yg diperlukan oleh keluarga aku sebelum aku tiada.
Aku masih bekerja seperti biasa memandangkan syarikat mempunyai kekuatan yang kecil dan aku mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap syarikat. Maka kepentingan terhadap kerja mengatasi perkara yang lain selagi tiada sebarang perkara kecemasan berlaku.
Semalam aku balik lewat, maka sampai ke rumah mertua untuk mengambil anak pun dah lewat. Kebetulan ketika itu dah pun masuk waktu Isya’, maka aku mengambil keputusan untuk solat Isya’ dahulu sebelum balik ke rumah. Ketika itu isteri aku sedang makan, si Nadia pada mulanya bergurau-senda dengan aku sebelum perkara itu terhenti kerana aku ingin bersolat.
Ketika aku sedang bersolat itu, Nadia yang sememangnya aktif dan berakal tinggi telah dapat mencapai cermin mata aku tanpa pengetahuan sesiapa, kemudiannya telah menghampiri aku. Sambil menghulur cermin mata aku kepadaku, yang ketika itu sedang solat, dia menyebut “sihh…” seperti biasa yang bermaksud “Terima kasih”. Masakan aku hendak menerimanya sbb aku sedang bersolat. Harapan aku, isteri aku akan menjengah apa si Nadia sedang buat tapi harapanku meleset.
Agak lama Nadia memegang cermin mata tu, sblm akhirnya dia duduk di atas sejadah depan aku. Ketika itu aku sedang dalam keadaan qiam. Nadia masih memegang cermin mata. Ketika aku hendak rukuk aku meninggikan sedikit suara supaya ada yang datang memerhatikan Nadia tapi harapan tinggal harapan.
Akhirnya Nadia telah merosakkan cermin mata aku sehingga aku terpaksa berhenti solat, yang pada pandangan aku tidak perlu berlaku kalau ada org sesekali memerhatikan dia. Aku terpaksa berhenti kerana dia duduk di atas sejadah, macam mana aku nak sujud? Tambahan dia dah meranapkan cermin mata aku.
Bermula malam tadi, aku bergerak tanpa cermin mata. Memang dah umpama OKU sebab cermin mata tu penting, pandangan aku amat terjejas tapi apa boleh buat. Mungkin itu yg orang lain nak agaknya. Biarkan lah, aku terima. Sekarang aku memandu bukan dalam keadaan seperti biasa, yang pasti kerja aku akan terjejas, memandu tidak lagi boleh pada waktu malam kecuali jika ingin membunuh diri dan penumpang.
Aku tidak akan menggantikan yang baru sebab pada hakikatnya belum sampai masanya untuk aku ganti cermin mata yg baru. Cermin mata tu nampak ok tapi sebenarnya tidak kerana selain tidak lagi selesa dipakai, fokus kanta dengan mata sudah tentu tidak lagi selari seperti yang diukur. Bermakna akan hanya menjejaskan lagi keadaan kesihatan mata aku jika aku memakainya.
Itulah hadiah harijadi aku tahun ini - menjadi seumpama OKU.