Archive for the ‘Recipe’ Category

Ayam Goreng Pandan

Thursday, September 27th, 2007

Bahan-bahan A:
Daun ketumbar - 50gram
Bawang merah - 60gram

Bahan-bahan B:
Serbuk lima rempah - 20gram
Sos tiram - 10gram
Serbuk kari daging - 15gram
Kicap cair - 10gram

Bahan-bahan C:
Tepung jagung - 15gram
Isi ayam

Cara-cara memasak:
Bahan-bahan A dikisar dan diperap dengan isi ayam selama 15 minit. Kemudian gaulkan bahan berkenaan dengan bahan-bahan B sehingga sebati. Selepas itu, gaul bersama-sama tepung jagung (bahan C) sehingga rata. Gorengkan sesedap rasa.

LASAGNA DAGING

Tuesday, September 25th, 2007

Dah lama tak bagi resepi kan? OK lah, ni bagi yang rajin nak mencuba resepi Italian pulak.

Bahan-bahannya
250gm pasta lasagna
500gm keju mozarella -diparut
50 gm keju parmesan -diparut

Bahan Sos Merah
1 biji bawang -cincang halus
250gm daging cincang
1 -2 ulas bawang putih - cincang halus
1 tangkai celery -cincang halus
1 batang lobak -diparut
1/4 cawan daun basil
1 sudu makan oregano

LASAGNA DAGING
1 tin tomato
1/2 tin tomato puree
garam dan lada sulah

BAHAN SOS PUTIH
2 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
500 ml susu segar
10 biji lada hitam segar
1/4 biji buah pala, tumbuk bersama lada hitam
 
Cara-cara membuat sos merah
Tumis bawang dan bawang putih, masukkan daging dan goreng hingga kekuningan. Masukkan tomato dan tomato puree, lobak, celery, daun basil,garam dan lada sulah. Masak perlahan-lahan selama 20minit, sehingga sayur menjadi lembut.

Cara-cara membuat sos putih
Cairkan mentega, taburkan tepung, kacau berterusan, sehingga rata. Masukkan susu, kacau lagi.sehingga pekat dan berkrim.

Cara-cara membuat LASAGNA DAGING
Siapkan loyang pembakar. Senduk sedikit sos merah dan ratakan di loyang pembakar. Masukkan beberapa titik mentega, susun pasta lasagna, dan bubuh sos merah. Taburkan keju mozarella dan mentega.Susun satu jalur pasta lagi, dan ulang proses yang sama, sehingga semua bahan selesai. Lapisan atas,tabur keju mozarella dan parmesan dan minyak zaitun. Bakar selama 20 minit pada suhu 200` C.
 

Selamat Mencuba

Masak Lemak Talapia

Tuesday, July 17th, 2007

Saper suka masak lemak? Ni ada resepi masak lemak.

BAHAN-BAHAN                        

2 ekor ikan tilapia (atau ikan yang sesuai)                        
1 1/2 biji kelapa parut  diambil santannya                        
2 batang daun kesum                        
5 biji limau nipis                        
2 biji tomato                        
2 keping asam gelugur                        
15 biji cili api           }                        
3 batang serai         }  tumbuk lumat                        
3 cm kunyit hidup    }                        
sedikit garam 

                   
CARA CARA                        

1.Panaskan bahan yang ditumbuk bersama dengan 1/2 cawan santan  sehingga naik bau.                        
2.Kacau sentiasa perlahan-lahan. Setelah mendidih masukkan asam keping dan ikan .                       
3.Apabila mendidih masukkan pula  lebihan santan dan didihkan selamat 3 minit.
4. Apabila rasa dah masak bolehla di hidangkan.

Kuih Batang Buruk

Monday, June 11th, 2007

Bahan-bahannya
1 kati tepung gandum
1 biji kelapa (diparut dan dapatkan 3 gelas santan)
1 kati kacang hijau
1 kati gula caster
3 biji telur
1 botol minyak

Cara-caranya
1.  Ayak tepung dan sementara itu panaskan santan dalam periuk.  Bila santan sudah mendidih, sejukkan.
2.  Kacang hijau digoreng tanpa minyak dan buang kulitnya.  Lepas itu tumbuk sampai halus dan campurkan dengan gula.  Ketepikan.  (Kalau dapat beli kacang hijau yang telah dikisar lagi bagus).
3.  Gaul tepung dan santan yang sudah masak tadi dan masukkan juga telur dan diuli semuanya.
4.  Adunan kemudian dicanai nipis dan potong sebesar 1/2 inci lebarya dan satu inci panjang.  Sambungkan kedua hujungnya menjadi bulatan. 
5.  Sambil itu panaskan minyak dalam kuali besar dan goreng bulatan-bulatan tadi.
6.  Bila sudah garing, angkat atas kertas serap minyak.  Isikan bulatan itu dengan kacang hijau dan gula yang sudah ditumbuk tadi menjadikan ia KUIH BATANG BURUK.

KEK LAPIS CEMPEDAK

Thursday, May 31st, 2007

Bahan A
500 g mentega lembut
1 sudu makan esen vanilla

Bahan B
14 biji kuning telur
6 biji telur
275 g gula halus
2 sudu makan ovalette

Bahan C
100 g tepung gandum atau tepung Hong Kong, diayak
1/2 sudu teh baking powder

Bahan D (bahan ini dikacau rata)
500 g cempedak
1/4 tin susu pekat

Cara-caranya
Pukul Bahan A selama 3 minit.  Pukul Bahan B selama 5 - 7 minit sehingga kembang.  Masukkan Bahan A kedalam Bahan B dan kacau rata.  Masukkan pula C dan kacau lagi sehingga rata. Bakar dengan menggunakan grill, selapis selapis.  Setiap lapis kek sebanyak 2 senduk adunan tepung.  Bakar selama 2 - 3 minit.  Lapis lagi berselang-seli dengan 2 sudu makan cempedak iaitu bahan D.  Jika hendak lebih lazat lebihkan cempedaknya.

Panduan
Kuihnya dilapis, selapis adunan tepung dan selapis adunan cempedak.  Apabila dilapis dengan cempedak, hendaklah dibakar sehingga cempedak kering, baru dilapis dengan adunan tepung lagi.  Jika tidak kek akan jadi terlalu basah dan jadinya tak lawa dan juga tak sedap.  Setelah habis adunannya dilapis, keluarkan keknya dan sejukkan baru diterbalikkan diatas rak kek.  Jangan buka oven setelah lapisan terakhir.  Ini akan merenggangkan lapisan keknya.