Archive for the ‘Stock Market’ Category

Buat pertama kali dalam sejarah…

Tuesday, December 25th, 2007

Salam semua…

sajer nak cerita sket apa yg berlaku skrg ni, citer berkaitan pasaran saham. Sebenarnya aku dah agak lama berkecimpung dlm dunia saham ni, sejak study la dan mula slow down bila market crash sekitar 1997/98. Memang bukan nak rezeki la bila dah jadik macam tu. Then bila pasaran dah pulih aku masuk semula. Dulu main just IPO, skrg tukar selera, main beli kat board pulak. he he heee… :D

Nak dijadikan cerita, aku pi blasah beli red counter. Apa tu red counter? Ni aku panggil utk kaunter yg bermasalah, biasanya kaunter yg masuk dlm senarai PN4 atau PN17 atas sebab masalah kewangan dan yg berkaitan dengannya. Mmg agak byk jugak la yg aku ada beli. Ada 2 kaunter yg terlibat - MPTech dan NSCOM. In total jumlah saham aku melebihi 12,000 unit dgn jumlah kos pelaburan sekitar RM1,500 kalo tak silap.

Dlm awal bulan ni, saje jengah market sejak market agak mendung, tetiba terpandang notis MPTech nak ke delisted. Cis! Hanyut jugak akhirnya kaunter ni. Ini adalah kaunter pertama aku kena kes seumpama ni. Apa nak buat, anggap je bukan rezeki nak buat duit. Apa pun, kalo ada rezeki, financial dia pulih, dia blh get listed semula (ada byk cara, antaranya back-door listing), mungkin masa tu aku blh la jual dan make some profit, Insya-Allah.

Apa pun, itu sekadar satu pengalaman. Memang pasaran saham di Malaysia masih belum cukup matang, byk dipengaruhi unsur luaran yang kadang kala tiada kaitan. Sekarang ni dah kurangkan pelaburan di BSKL, at least untuk sementara waktu, tukar ke pasaran lain pulak ;)

Teknik GAP dalam Forex

Sunday, November 4th, 2007

Assalamu’alaikum semua,

Biasa dengar perkataan GAP dlm pasaran kewangan, sama ada dlm pasaran saham atau forex? GAP ni amat mudah dijumpai di dalam pasaran saham tetapi jarang ditemui di dalam pasaran forex. Bagaimanapun GAP di dalam kedua-dua pasaran adalah perkara yg sama dan boleh diaplikasikan di dalam kedua-dua pasaran. Tapi apa dia GAP?

Baiklah, GAP ni secara amnya adalah merujuk kepada ruang yg terhasil akibat daripada berlaku perbezaan harga pada harga penutup sebelumnya dengan harga pembukaan yg berikutnya. Sebagai contoh, menggunakan candlestick dlm membaca pergerakan harga di dalam carta, pada candlestick pertama harga penutup adalah pada 1.1600 dan pada candlestick berikutnya harga pembukaan adalah pada 1.1620 yg membawa maksud terdapat GAP sebanyak 20 mata.

GAP in forex

Cuba lihat contoh di atas. Dalam contoh di atas, keadaan GAP berlaku ditandakan dengan bulatan membujur berwarna kuning.

Apa kelebihan mengetahuinya? Saya amat galakkan bagi mereka yg masih baru dlm dunia forex dan masih dlm proses belajar mengenali teknik seperti EW dan Trading Chaos untuk gunakan teknik ni sebagai langkah awal menambah modal anda. Apa pun, jgn ditinggalkan tentang Money Management dlm forex.

Mengikut TEORI Teknik GAP, sesuatu pergerakan harga itu akan menuju semula ke harga penutup candlestick yg terlibat. Di dalam contoh di atas, harga penutup sblm GAP berlaku adalah sekitar 1.1636 dan market dibuka dlm keadaan downtrend. Market akan bergerak dlm arah itu buat sementara waktu. Pada ketika ini, anda monitor untuk mendapatkan posisi terbaik untuk masuk market (dlm hal ini kita akan buat BUY/LONG). Bila didapati market akan membuat reversal (pastikan mmg betul, bukan sekadar spike market), barulah anda open post dan set untuk Take Profit (TP/close trade) pada 1.1636 sahaja. Jika anda berjaya open pada harga 1.1600, bermakna anda mampu membuat profit sebanyak 36 mata dengan teknik ini sahaja.

Bagaimanapun, perlu diingatkan di sini bahawa teknik ini memberi jaminan kejayaan sebanyak 90% sahaja. Ada kalanya harga TP hanya dpt dicapai dlm tempoh 2-3 hari kerana pergerakan turun-naik harga yg di dalam lingkungan harga penutup dan pembukaan, tidak terus turun sepenuhnya. Ada juga kes harga dicapai dlm tempoh kurang 24jam selepas pasaran dibuka.

Selamat berjaya!

Bursa Malaysia down after Dow Jones

Monday, August 6th, 2007

Today’s morning session for Bursa Malaysia closed lower, with over 1000 counters loss and only 22 counters recorded gain. This is really consider a big crashed to the bourse after regain a bit late last week.

I’ve been expected the situation since Dow Jones down 281points last Friday. Hopefully it won’t go further down for today and manage to recover. It is a good entry time for those who are still at the side of the market since the price has been low so much currently.

For record, the KLCI closed lower than the support level of 1300 points.

When Regional Bourse Index Down

Wednesday, August 1st, 2007

Today, all regional bourse index going down after Dow Jones loss 1.1% point (146 points). The regional downtrend has affected local bourse - Bursa Malaysia as well. After few days of fluctuation, Bursa Malaysia closed lower, down by 34 points.

By the end of the trading day, only 57 counters gain while another 1032 counters recorded loss and another 106 counters traded unchange.

In general, if the market downtrend is only for today, that would means today is a good day to buy since almost all counters become cheap. Hopefully Dow Jones will recover tonight so as to all bourse tomorrow.

Bila Dow Jones menjunam

Friday, July 27th, 2007

Malam tadi, index Dow Jones dah terjun lebih 300 point, akibatnya bursa saham regional jugak effected, tak terkecuali Bursa Malaysia. Pada pembukaan Bursa Malaysia, Index Komposit menurun sebanyak 40 mata. Ketika posting ini dibuat, kurang daripada 100 kaunter di Bursa Malaysia mencatat kenaikan.

Satu ketika dulu seorang rakan pernah berkata, penganalisa teknikal pasaran saham mengatakan pergerakan index saham adalah songsang dgn pergerakan matawang asing. Jadi, apa relevannya?

Tak pasti tapi apa yg telah berlaku ialah, pada malam tadi seorang rakan menjangkakan pair USDCAD akan turun selepas melakukan sedikit lonjakan kerana dikatakan harga emas yang mempengaruhi matawang CAD telah turun, maka pastinya pair USDCAD akan naik. Memang benar tetapi pada pagi sekitar subuh, dilihat pergerakan pair terus menaik dengan Dow Jones menurun. Kini, pair tersebut terus naik secara perlahan-lahan.

Dalam pada tu, malam tadi try jugak guna indikator yg dipanggil ‘kuskus’, ada member bagi, nampak macam ok. Mungkin malam ni nak try sebab bila tgk indikator tu utk pair USDCAD, mcm relevan walaupun tidak dinyatakan indikator tersebut sesuai utk pair USDCAD, lebih sesuai utk pair EURUSD.