Posts Tagged ‘LIFO’

VSS - voluntary separation scheme

Tuesday, July 15th, 2008

VSS - voluntary separation scheme, suatu skim yang akan ditawarkan kepada para pekerja apabila syarikat menghadapi masalah kewangan dan perlu mengecilkan kos. Ini banyak berlaku di serata dunia, tak kira syarikat kecil atau besar tetapi yang biasa dengar syarikat besar lah

Baru-baru ni seorang rakan memaklumkan bahawa syarikat beliau bekerja telah menawarkan VSS kepada para pekerja yang berminat. Mengikut beliau, tidak lah banyak yang beliau akan dapat jika memilih VSS kerana tempoh bekerja yang kurang daripada 10 tahun.

Hari ni, email yang aku hantar kepada sekumpulan rakan termasuk beliau telah dibalas beliau. Antara kandungan email tersebut menyebut bahawa beliau telah memilih untuk mengambil VSS selepas berbincang dengan beberapa rakan tertentu yang mempunyai maklumat berguna berkaitan syarikat. Antaranya syarikat tidak mempunyai sebarang pesanan baru untuk tempoh 6 bulan yang akan datang selain tiada pembaharuan terhadap keluaran syarikat. Dengan mengambil kira keadaan semasa, VSS adalah pilihan lebih baik berbanding jika diberhentikan oleh pihak syarikat.

Begitulah senario kehidupan sebilangan mereka yang makan gaji buat masa kini. Biasanya yang akan diberhentikan kerja adalah mengikut apa yang dipanggil konsep LIFO - Last In First Out. Anda pula bagaimana?