Posts Tagged ‘NGV’

Harga minyak naik lagi!

Wednesday, June 4th, 2008

Sebelum ini, ramai yang telah membuat telahan bahawa kerajaan akan menaikkan harga minyak selepas pilihanraya tetapi telah dinafikan oleh kerajaan yang memerintah sebelum pilihanraya. Hari ini, selepas 2 bulan memerintah kembali, akhirnya kerajaan telah mengesahkan apa yang dikatakan oleh ramai pihak sebelum ini - harga minyak telah naik lagi! Kenaikan pada kali ini lebih menyeksakan terutama bagi mereka yang berpendapatan rendah!

Mengikut kadar baru yang akan dikuatkuasakan selepas tgh mlm ini, harga seliter petrol akan naik dari RM1.92 ke RM2.70, kenaikan hampir 80sen seliter! Harga seliter diesel juga naik ke RM2.58 seliter selepas tgh malam ini. Oleh kerana itu, dijangkakan harga segala jenis barangan akan meningkat naik selepas ini kerana kenaikan ini akan mengakibatkan kenaikan kos pengangkutan. Hanya harga gas yang tidak naik kali ini. Dikatakan juga harga minyak akan disemak setiap bulan. Akibatnya di sana sini kenderaan berbaris panjang untuk mengisi tangki sepenuhnya buat kali tetrakhir pada harga RM1.92/liter.

Aku dimaklumkan oleh rakan yang berada di sebuah negara lain, harga tidak dikawal kerajaan sebaliknya dikawal oleh syarikat dan pasaran dan sentiasa berubah-ubah mengikut syarikat yang menjual minyak itu sendiri. Sebagai contoh, Shell, Esso/Mobil dan Petronas, jika mengikut konsep tersebut, tidak akan menawarkan harga minyak mereka pada kadar yang sama antara mereka dan akan sentiasa berubah-ubah setiap hari. Bermakna mereka sendiri perlu bersaing antara mereka untuk merebut pelanggan.

Aku sebenarnya bersimpati terhadap mereka yang bekerja sebagai pemandu teksi. Bayangkan dengan masalah stesen gas yang hanya beroperasi dari jam 7pagi hingga 11mlm, di luar waktu tersebut mereka perlu menggunakan petrol untuk terus bekerja. Dengan kos petrol yang semakin meningkat, mampukah mereka terus mencari rezeki?

Aku sendiri merasa tekanan terhadap kenaikan harga petrol walaupun kini aku telah mula menggunakan gas sebagai bahanapi utama kenderaan aku. Punca utama ialah kerana tidak semua stesen menawarkan gas dan kebanyakan stesen gas hanya bertumpu di kawasan utama seperti Lembah Kelang, Johor Bahru, Pulau Pinang. Setahu aku, di kawasan pantai timur masih tiada stesen yang menawarkan gas.

Mungkinkah selepas ini majlis kenduri tidak lagi dihadiri oleh ramai orang kerana bebanan kos minyak yang semakin meningkat begitu tinggi kini? Aku tidak dapat membayangkan bagaimana kehidupan generasi akan datang jika begini keadaan ekonomi yang perlu dihadapi oleh generasi kini.

Keluhan Pengguna NGV

Monday, June 2nd, 2008

Salam hormat,

Telah beberapa bulan keretaku dikuasai oleh gas selain petrol. Tujuan utama tentu sekali utk menjimatkan kos bahan bakar kenderaan kerana harga petrol yang semakin meningkat dan dijangka akan terus meningkat tidak lama lagi akibat kenaikan bahan bakar tersebut di pasaran dunia.

Baru-baru ni keluar berita di dalam salah satu akhbar di dalam edaran, berita berkaitan gas ini. Berita ini lebih kepada keluhan daripada pemandu teksi dan memang ada benarnya, bukan suatu isu kecil sebenarnya. Dua perkara utama yang boleh diringkaskan ialah:

1. Kekurangan stesen minyak yang menyediakan stesen gas

2. Had masa stesen gas ini dibuka - biasanya dari 7 pagi hingga 11 malam sahaja.

Memang perkara-perkara di atas menjadi isu utama pemandu teksi terutamanya, selain pengguna kenderaan lain kerana masalah kekurangan stesen menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan bekalan gas, secara tidak langsung, jika kita memandu di luar kawasan yang mempunyai bekalan, kita terpaksa balik kepada penggunaan petrol. Perlu diingat, kenderaan kita kini mempunyai beban tambahan, iaitu tong gas.

Masalah masa operasi stesen gas memang menjadi masalah utama kepada pemandu teksi, jika tidak kepada pemandu kenderaan lain kerana mereka bekerja sendiri. Mereka biasanya akan keluar mencari rezeki sejak jam 6 pagi dan ada kalanya hanya akan pulang selepas jam 1 atau 2 pagi. Jika selepas jam 11 malam stesen gas tidak lagi beroperasi, bagaimana mereka hendak mengisi gas yang telah kosong untuk terus mencari rezeki? Mereka seolah-olah disuruh untuk berhenti mencari rezeki selepas jam 11 malam. Perlu diingat, rezeki mereka tidak menentu, ada kala byk dpt pada siang hari tetapi ada kalanya hanya pada lewat malam baru ada.

Mereka juga perlu mencapai ‘target’ pendapatan harian mereka kerana ada yg perlu menanggung sewa kereta mereka yg digunakan untuk mencari rezeki. Jika sehingga jam 11mlm mereka belum dapat, mereka perlu teruskan untuk sekurang-kurangnya cukup membayar sewa harian kereta tersebut.

Memang menjadi harapanku untuk melihat 2 perkara asas ini diselesaikan dengan segera, terutama apabila kementerian berkaitan kini diterajui oleh orang yang dianggap lebih bertenaga. Adakah harapanku hanya akan tinggal harapan?

My car installed with LPG System

Saturday, March 15th, 2008

Howdy All,

Is it NGV or LPG? To my understanding, NGV is stand for Natural Gas Vehicle which means that the vehicle is using natural gas to replace the usage of petrol. LPG is stand for Liquid Petroleum Gas. So to me LPG is the right term to use to refer about the system installed in order to make the vehicle natural gas enable.

By the way, yes, today I just installed the system onto my car. The main reason is of course to save the petrol expenses that is already high, futhermore with myself need to travel quite far from home to office. On average, my daily budget to travel for work is at least RM25, excluding the toll expenses.

With the general calculation, the standard size of the gas tank (mine is about 57L) can be filled around RM8-RM10, depending on the pressure at the station. With around RM8, we can drive on average not less than 100KM, in fact it may reach around 140KM. If we are driving for a long distant using highway, with a constant speed, we may even reach up to 200KM. So, isn’t that can save a lot of cost for fuel?

If you are interested to install, do let me know. I can introduced, or bring you to the place where I installed the system. The staffs are very friendly and helpful. They will make sure that the system is installed properly and really works as suppose, tested until we really satisfied. So, to me this is a good company to deal with.

So, are you going to follow me using the gas as part of your vehicle’s fuel?