Mickey Mouse Club House

August 19th, 2008

Mickey Mouse Club House merupakan salah satu rancangan kanak-kanak yang sering disiarkan di rangkaian Astro. Rancangan ini adalah berbentuk pendidikan dan karektor Mickey selalunya akan cuba berinteraksi dengan penonton sebelum membuat sesuatu keputusan. Ini sebenarnya bermatlamatkan untuk para penonton, terutama kanak-kanak untuk cuba berfikir, apakah pilihan yang perlu dibuat, apakah benar keputusan yang cuba diambil dan seumpamanya.

Mickey Mouse Club House merupakan rancangan kanak-kanak yang pertama yang Nadia mulai kenal dan memahami, sebagai seorang kanak-kanak kecil. Apabila tersiarnya rancangan ini, dia akan duduk menonton dengan khusyuk. Tak mahu diganggu orang, ajak ke mana-mana pun biasanya agak susah. Masa dia kecik, bila nak buat kerja, bagi dia tengok rancangan ni, dia akan tekun menonton, senang nak buat kerja lain. Bila dah makin besar, dah mula kenal pelbagai cerita, dah bertambah senarai rancangan yang disukai.

Sekarang ni, tiba giliran adik dia pulak, si Fatin. Nampaknya si Fatin, sejak berumur 7 bulan dia dah mula pandai nak tengok cerita kanal-kanak juga. Sekarang ni, kalau dia nampak cerita Mickey Mouse Club House, dia akan tekun tengok. Kadang-kadang, walau dia bukan di depan tv, bila terdengar lagu dalam rancangan tu, dia akan mula merangkak ke depan tv. Dah tau itu muzik apa. Jadi sekarang ni, nak senang buat kerja, lepas dia dah menyusu, bagi dia tengok cerita ni, takla dia merayau sana sini.

At least, sekarang ni ada beberapa keping CD koleksi cerita Mickey Mouse Club House dibeli dan diletak di rumah juga dia rumah nenek/atuk mereka supaya senang, bila diminta pasang ada CD. Cuma kat kampung di Johor je tak ada tapi tak la kritikal sebab jarang berada di sana berbanding di sini.

Rezeki… kepercayaan dan keyakinan

August 11th, 2008

Tiba-tiba teringat kisah kepercayaan dan keyakinan terhadap rezeki kurniaan Allah. Asal punca berlaku perbincangan dan tukar pandangan ni bila berbincang tentang untung nasib mereka yang tidak makan gaji. Diri ini tertanya-tanya tentang perkara tersebut sebab masa tu masih makan gaji tetapi cuba-cuba buat bisnes Takaful. Manalah tahu ada rezeki, boleh la sepenuh masa terus, ada masa yang lebih fleksibel.

Bila berbicara, maka sahabat ni, yang merupakan seorang graduan dari luar negara, sepenuh masa terlibat sebagai wakil Takaful sejak hari pertama balik dari luar negara (tak pernah kerja makan gaji selepas bergraduat), mengajukan dua pertanyaan - “Ko percaya tak rezeki tu Allah yang bagi?” dan “Ko yakin tak rezeki tu Allah yang bagi?”.

Terpinga-pinga sekejap aku. Dua soalan dengan 1 sahaja perbezaan perkataan - “percaya” dan “yakin”. Katanya setiap orang memang mudah untuk percaya, mempunyai kepercayaan tetapi berapa ramai yang benar-benar mempunyai keyakinan. Pelbagai fakta yang telah dilontarkan, dah tak ingat dah semua tu sebab dah bertahun peristiwa tu berlalu.

Pada beliau, bukan mudah untuk menaruh keyakinan berbanding menaruh kepercayaan. Pada dasarnya, memang orang seperti beliau, yang tidak makan gaji adalah umpama kelompok mereka yang mempunyai keyakinan yang tinggi terhadap perkara tersebut. Bukan orang yang makin gaji tiada keyakinan, tidak ke tahap itu tetapi mereka yang tiada sumber pendapatan tetap ini memang sepenuhnya menaruh kepercayaan dan keyakinan bahawa rezeki itu Allah akan beri, yang penting berusaha dengan cara yang betul dan bertawakal kepada Allah.

Ada benarnya sebab mereka bergantung sepenuhnya dengan apa yang dikurniakan setelah usaha dan doa dilakukan. Mungkin apa yg diusahakan tidak akan membuahkan hasil, tiada la rezeki. Orang makan gaji, pada dasarnya asal pergi kerja, buat kerja ikut arahan, dapat la gaji cukup bulan. Bagi beliau, mungkin hari itu ada rezeki, mungkin juga tidak. Yang pentingnya, bila hujung bulan nanti, berapa rezeki terkumpul. Harian itu sekadar sasaran untuk kerja harian, yang utama keperluan sebulan itu mencukupi. Sudah pasti bagi golongan ini ada pasang surutnya tetapi itulah yang dikatakan rezeki… mereka ini tetap percaya dan yakin dengan tinggi bahawa rezeki itu tetap ada, yang penting usaha, doa dan tawakal kepada Allah…

Anda pula bagaimana?

Saman… saman… saman…

August 6th, 2008

Tak sangka betul, dalam tempoh tak sampai pun seminggu dapat 2 surat saman. Aduhai… berat sungguh dugaan hidup bulan ni rasanya.

Saman yang pertama dapat daripada Majlis Perbandaran Klang (MPK) sebab parking. Kena saman 1hb yang lalu sekitar jam 3 ptg, kira lepas solat Jumaat la tu. Sebelah pagi dah bayar tiket parking tapi lepas solat Jumaat boleh lupa pulak nak topup lagi semula. Sejam baru RM0.50 jer, makna kalo topup untuk 2 jam baru RM1.00 berbanding dgn amaun saman yang nak kena bayar.

Saman yang kedua pulak lagi la teruk. Kena saman dengan polis trafik. Adoi laaa… rasanya dah lama tak kena saman dengan trafik tapi semalam entah apa mimpi boleh buat kesalahan trafik - langgar lampu isyarat merah. Dah tak pasal-pasal kena saman. Dah tau dah lama tak guna laluan tu, patutnya jangan la sesuka hati nak buat kesalahan lalulintas. Kan dah kena saman. Duit saman yang nak kena bayar tu rasanya boleh cover duit susu budak-budak untuk sebulan, at least.

Hai… dugaan… itulah akibatnya kalau nak sangat melanggar peraturan. Tak boleh salahkan pegawai yang keluarkan saman sebab itu kerja mereka, salahkan diri sendiri sebab langgar peraturan yang ditetapkan. Apa pun, satu nasihat yang sentiasa masih ingat dalam kepala - merayulah kalau boleh tapi jangan sesekali cuba untuk “settle kat situ” - lagi buruk padahnya.

Menang 17,000?

August 4th, 2008

Tiba-tiba pagi tadi, seawal jam 6 pagi handphone aku berbunyi, SMS masuk. Aku pun baca la sebab kot kot member aku anta nak jumpa ke apa. Bila tengok, nombor penghantar yang keluar, dah tentu bukan member aku yang anta

Info Penghantar: +6281586205149

Info SMS: Maklumat! Anda telah Memenangi dari SHELL MALAYSIA. Caj tunai RM17.000, Sila dial No, telipon Office: 00628161108627 Penghantar: Shell Malaysia

Nampak sangat penipuannya. Baca ayat SMS pun dah nampak susunan bukan daripada rakyat Malaysia, apatah lagi daripada Shell Malaysia kerana tidak mencerminkan profesionalisme. So, abaikan je lah. Ni semua cubaan untuk menipu untuk mencuri duit orang sebenarnya. Kes ni memang dah lama, sebelumnya rasanya dah sepi, ni mungkin mula nak aktif semula. Jadi berhati-hatilah semua.

Hijrah

August 1st, 2008

Semalam merupakan hari terakhir aku bekerja di dalam syarikat IT. Diam tak diam, tak sangka, lbh kurang 10 tahun jugak bergelumang dalam dunia IT ni sejak habis study. Tp bukanlah sepenuhnya 10 tahun sebab dalam tempoh tu, ada jugak la menganggur seketika. Tak sangka plak, lama gak rupanya terjebak dalam dunia IT, yang bukan background masa belajar.

Hari ini bermulalah hidup baru. Hidup di luar dunia IT. Kerja belum start lagi tapi pada dasarnya kerja dah menunggu. Buat masa ni layan forex je la dulu untuk menimba ilmu dan mengumpul harta berdikit-dikit :D Terasa begitu indah. Tiada lagi tekanan terpaksa ‘mengejar’ masa untuk keluar dari rumah, untuk sampai ke tempat kerja.

Semoga selepas ini pintu rezeki akan terbuka lebih luas untuk diri dan keluarga aku.

Insya-Allah, malam ni jumpa member untuk one of the plan. Esok jumpa sorang lagi, untuk tujuan yang sama.