Bila Dow Jones menjunam

Malam tadi, index Dow Jones dah terjun lebih 300 point, akibatnya bursa saham regional jugak effected, tak terkecuali Bursa Malaysia. Pada pembukaan Bursa Malaysia, Index Komposit menurun sebanyak 40 mata. Ketika posting ini dibuat, kurang daripada 100 kaunter di Bursa Malaysia mencatat kenaikan.

Satu ketika dulu seorang rakan pernah berkata, penganalisa teknikal pasaran saham mengatakan pergerakan index saham adalah songsang dgn pergerakan matawang asing. Jadi, apa relevannya?

Tak pasti tapi apa yg telah berlaku ialah, pada malam tadi seorang rakan menjangkakan pair USDCAD akan turun selepas melakukan sedikit lonjakan kerana dikatakan harga emas yang mempengaruhi matawang CAD telah turun, maka pastinya pair USDCAD akan naik. Memang benar tetapi pada pagi sekitar subuh, dilihat pergerakan pair terus menaik dengan Dow Jones menurun. Kini, pair tersebut terus naik secara perlahan-lahan.

Dalam pada tu, malam tadi try jugak guna indikator yg dipanggil ‘kuskus’, ada member bagi, nampak macam ok. Mungkin malam ni nak try sebab bila tgk indikator tu utk pair USDCAD, mcm relevan walaupun tidak dinyatakan indikator tersebut sesuai utk pair USDCAD, lebih sesuai utk pair EURUSD.

Leave a Reply